HONESTY IS OUR POLICY, QUALITY IS OUR PRIORITY

Friday 19 July 2013

Merancang perjalanan di musim perayaan



Sambutan hari raya akan menjelang tidak lama lagi, buatlah persediaan yang sepatutnya agar perjalanan anda lebih lancar, selesa dan selamat terutamanya bagi perjalanan jarak jauh InshaAllah. Berikut adalah checklist yang boleh anda gunakan bagi merancang perjalanan sempena Aidilfiri nanti:

Periksa dan servis  kenderaan anda.  
  • Pastikan enjin berada ditahap yang optimum.
  • Pastikan minyak hitam mencukupi.
  • Periksa air bateri (tidak perlu jika menggunakan bateri kering)
  • Pastikan sistem brek dan lampu berfungsi dengan baik.
  • Pastikan bunga dan tekanan angin tayar bersesuaian.
  • Pastikan penghawa dingin kereta berfungsi
  • Pastikan 'wipers' berfungsi dengan baik untuk pandangan yang sempurna sewaktu hujan atau gunakan 'rain repellant/wax' pada cermin hadapan.
  • Pastikan alat membuka & memasang tayar di dalam kereta anda lengkap dan berfungsi.   
      *Jika anda tidak berkesempatan atau kurang arif tentang pemeriksaan dan servis kereta, kunjungi pusat servis atau pakar-pakar kereta yang berdekatan anda.


Merancang Perjalanan.
  • Anda juga boleh mengikuti twitter PLUS @plustrafik atau Lembaga Lebuhraya Malaysia @LLMinfotrafik bagi info terkini keadaan trafik.
  • Pastikan nilai kad PLUSmiles atau Touch & Go anda mencukupi sebelum memulakan perjalanan.
  • Kebanyakan lorong tambah nilai tidak berfungsi pada musim perayaan jadi jangan ambil risiko dengan bertangguh untuk menambah nilai kad Touch & Go atau kad PLUSmiles anda dilebuhraya. 
  • Keadaan trafik pada musim perayaan sukar dijangka jadi walaupun jarak destinasi anda tidak jauh, buat persediaan dengan mengisi tangki minyak sepenuhnya.
  • Sediakan bekalan makanan untuk berbuka jadi seandainya tiada gerai-gerai atau restoran makanan yang ditemui sewaktu masuknya berbuka puasa anda sudah mempunyai makanan tersedia. Makanan dan minuman yang mencukupi juga dapat membantu konsentrasi anda sewaktu pemanduan.
  • Pastikan kesihatan dan stamina pemandu dalam keadaan yang baik untuk pemanduan yang lebih efisyen dan selamat.
  • Pastikan wang di dalam tangan mencukupi sekiranya berlaku kecemasan dan tiada mesin ATM berdekatan lokasi anda.
  • Bagi keluarga yang mempunyai anak kecil, bawa kelengkapan yang mencukupi untuk anak-anak agar mereka sentiasa dalam keadaan selesa sepanjang perjalanan. Penggunaan 'car seat' amat digalakkan bagi anak-anak kecil. *bawa alat permainan dan lakukan aktiviti-aktiviti mudah di dalam kereta agar mereka tidak bosan.
  • Bawa telefon bimbit dan 'car charger' serta pastikan ia berfungsi dengan baik agar dapat digunakan sewaktu anda memerlukannya.

Patuhi undang-undang jalanraya dan amalkan sikap pemanduan yang berhemah.
  • Patuhi undang-undang jalanraya sepanjang pemanduan anda. Undang-undang bukan diwujudkan untuk ditakuti tapi dipatuhi, apatah lagi ianya untuk keselamatan diri sendiri dan keluarga.
  • Amalkan sikap hormat-menghormati dan toleransi di atas jalanraya. Ingat! Bukan kita sahaja yang mahu pulang beraya di kampung halaman.
          
Gunakan kemudahan-kemudahan yang ada
  • Terdapat pelbagai kemudahan tersedia di sepanjang lebuhraya seperti Hentian Rehat, tandas, kedai makan, restoran, surau, bank, stesen minyak dan sebagainya. Jadi gunakan kemudahan-kemudahan ini bila berpeluang supaya anda dapat meneruskan perjalanan dengan lebih selesa.
  • Berhenti rehat di R&R sekiranya perlu untuk berehat seketika jika anda memandu di waktu malam. Stesen-stesen minyak tertentu juga anda mengedarkan minuman kopi percuma pada waktu-waktu sebegini.
  • Jangan berhenti di kawasan yang tidak sepatutnya atau ditempat-tempat merbahaya seperti kawasan gelap, terpencil dan sebagainya untuk mengelakkan kejadian jenayah.

Nombor telefon dan Informasi berguna
  • Simpan dan catatkan nombor-nombor telefon atau informasi-informasi yang mungkin berguna bagi perjalanan anda seperti nombor telefon Insurans kereta anda.
  • Simpan nombor mekanik atau pakar servis kereta anda seandainya anda ada masalah pemanduan dan memerlukan khidmat nasihat sewaktu perjalanan.
  • Perkhidmatan kerosakan kecemasan Persatuan Automobil Malaysia 03-21610808
  • Plusronda: 1800-88-0000 (Telefon kecemasan 24 Jam Plus Expressway Berhad terdapat di setiap 2km di lebuhraya.
  • Hotline OP Selamat PDRM 1-800-88-1412
  • Ikuti Polis DiRaja Malaysia di Twitter @PDRMsia, PLUS di @plustrafik dan Lembaga Lebuhraya Malaysia @LLMinfotrafik

Tinggalkan rumah dalam keadaan selamat
  • Pastikan rumah dan tingkap anda ditutup dengan rapat dan berkunci.
  • Sekiranya anda mempunyai alat penggera keselamatan, pasangkan ia sebelum meninggalkan rumah.
  • Maklumkan kepada jiran tentang ketiadaan anda dan minta jiran untuk memerhatikan keadaan rumah anda sekali-sekala dan tinggalkan nombor telefon anda pada jiran dan sebaliknya untuk berhubung jika perlu.
  • Selain langkah-langkah di atas, terdapat amalan-amalan perlu dilakukan bagi seorang mukmin sebagai usaha untuk memohon perlindungan Allah agar dijauhi kemalangan dan musibah dengan izinNya iaitu:
  1. Membaca do'a keluar rumah
  2. Membaca do'a naik kenderaan
  3. Membaca do'a dan mohon dijauhi musibah
  4. Membaca do'a bermusafir
Semoga kita dapat sama-sama merancang perjalanan dengan teliti dan menyambut perayaan dengan lebih gembira InshaAllah :)






           

















Thursday 21 February 2013

THE AMAZING TRANSFORMATION!



FROM THESE






 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
TO THESE!